BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 9, 2009

PENCARIAN “KE NEXT TOP ENTERTAINER” MUSIM PERTAMA: DEFFNY DAN CARREY MARA KE FINAL



Pusakag Café penuh sesak pada Sabtu lepas tempat berlangsungnya saringan pertama pencarian bakat "KE Next Top Entertainer” anjuran Kadus Entertainment. Pencarian bintang baru yang lebih kepada pencarian bakat yang “fresh” untuk diketengahkan dalam indsutri muzik tempatan, ternyata mendapat sambutan dan perhatian yang begitu hangat daripada peminat muzik tempatan. Penantian serta debaran siapakah yang bakal mara ke pusingan akhir pada bulan April nanti akhirnya terjawab apabila pihak juri pada malam itu telah memilih Deffny dan Carrey yang telah membuat satu persembahan yang begitu memukau sekali.

Para peserta saringan pertama terdiri daripada Senisah Binti Majilin (Keningau), Benzi Peter (Tambunan), Khairulamiza Bin Jamal (Kota Kinabalu), Lina Binti Maicol (Papar), Mohd. Royrafik Hashim (Penampang), Deffny Pearl Tanggar (Tamparuli), Musliha Bt. Abdul Samad (Kota Marudu), Mary Binti Ah Ming (Tamparuli), Carrey Oliver (Penampang), Jack Taisung (Kudat), Joshua Oswald Johnny (Penampang), Fifi Sherly @ Sandra Binti Avel (Menggatal). Namun nasib lebih menyebelahi Carrey Oliver yang telah mendendangkan lagu ‘Nung Noilaan Ku Daa (Francis Landong)” serta “Follow Me (Uncle Cracker)” dan Deffny Yangor yang telah mendendangkan lagu “Umbalanku (Auninabila)” dan “Hit Me Baby One More Time (Britney Spears)”.

Untuk julung pertama kalinya, para pengadil pertandingan ini diperkenalkan kepada para penonton dan peserta. Pertandingan nyanyian ini diadili oleh tiga orang pengadil yang terdiri daripada Cosmas Chin selaku ketua juri dan dibantu oleh Diana Stephen Tuning dan Evaristus Gungkit. Evaristus, pada malam tersebut adalah juri jemputan yang bakal digantikan oleh seorang lagi juri yang begitu berpengalaman luas dalam bidang nyanyian di negeri ini. Siapakah juri tersebut, sama-samalah kita nantikan kemunculannya pada saringan kedua nanti.

Malam saringan pertama tersebut nyata menyaksikan para peserta telah memberikan “all out” persembahan mereka. Namun seperti pertandingan nyanyian yang lain, pasti ada perasaan gementar yang menyebabkan sedikit sebanyak kecacatan dalam persembahan mereka. Untuk memberikan sedikit kelainan dalam “KE Next Top Entertainer”, pihak penganjur mengkehendaki para juri memberi kritikan dan komen membina dan jujur terhadap persembahan para peserta. Ternyata, suasana pertandingan seolah-olah seperti dalam program realiti TV yang biasa kita tontoni di kaca televisyen, di mana kritikan-kritikan pedas dan tajam terpaksa diterima oleh para peserta. Namun, pada hakikatnya, itulah yang patut didengar dan dijadikan panduan oleh para peserta agar mereka dapat memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu nyanyian dan persembahan mereka pada masa akan datang.

Acara pada malam tersebut juga telah menyaksikan suatu kelainan berbanding dengan pertandingan nyanyian yang lain di mana ianya telah dikendalikan oleh beberapa orang pengacara. Ternyata ianya suatu keunikan yang telah diambil oleh Kadus Entertainment untuk memastikan para penonton tidak cepat bosan dengan perjalanan pertandingan ini. Namun apa yang telah memberi suntikan semangat pada malam tersebut adalah “special appearance” oleh DJ Othoe dari stesen radio SuriaFM dengan mengacarakan satu slot untuk memperkenalkan Kumpulan Da’ Prinz yang telah membuat persembahan malam itu. Artis-artis tempatan yang turut hadir memberi sokongan moral kepada para peserta pada malam tersebut termasuklah Ivye Alexandra yang juga sebagai artis jemputan, Betcy Michael, Danny F. Malinggi, Usal Jon Gavis, Reno KDM Idol, S Welly dan Meeda Hamzani.

Bagi mereka yang terlepas peluang menyaksikan saringan pertama ini, jangan risau kerana saringan kedua pencarian “KE Next Top Entertainer ini akan diadakan pada 21 Februari 2009 (Sabtu) di Pusakag Café yang bermula pada pukul 7.30 malam. Orang ramai serta penggiat seni dijemput hadir untuk sama-sama memberikan sokongan moral kepada peserta yang bertanding nanti. Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dengan jadual pertandingan pencarian bakat KE Next Top Entertainer ini, layarilah website Kadus Entertainment di alamat www.kadusmusic.com untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya.

Text Oleh: Tomkurus
Gambar Oleh: Gogds

4 comments:

DrKong said...

sa mau tunggu kehebatan durang nyanyi lah nie.... !!

mamaii said...

ba nanti ko p tingu la! ;)

Saisuki said...

Sayang....Sayang Kinabalu betul sia tdk terpigi...ish...

Anonymous said...

zoebonney.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading zoebonney.blogspot.com every day.
bad credit personal loan
canada payday loans